Minggu 8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
Secara amnya….
Pengajaran atas
talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung
dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan
yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya. Pengajaran luar talian pula didefinasikan
sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan
secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun.
Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung
talian ke komputer pengguna.
Kelebihan pengajaran
secara atas talian
|
Kekangan mengadakan pembelajaran
secara atas talian
|
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
|
i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur
lebar
|
ii. Kepelbagaian bahan di
internet
|
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
|
iii. Meningkatkan
kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan
|
iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna
broadband)
|
Bahan yang boleh
didapati daripada internet sepanjang
P&P atas talian ialah;
§ Audio lagu
§ Gambar
§ Permainan
§ PDF
§ Audio
§ Teks atau dokumen
Melaksana
Simulasi Pengajaran Atas talian dan Luar talian dengan menggunakan laman Web
dan Tapak pembelajaran
No comments:
Post a Comment