Minggu 7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuModel Memproses Maklumat
Model
pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model
yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna
melalui teknologi komputer.
Menurut
Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan pengaliran
maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat
melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Pusat kepada
model pembelajaran memproses maklumat ialah kepelbagaian bahagian sistem daya
ingatan. Bahagian ini mempunyai sistem penerimaan maklumat yang terbahagi
kepada tiga jenis ingatan iaitu:
£
penerimaan
daya deria-rangsangan
£
daya
ingatan jangka pendek
£
daya
ingatan jangka panjang
Daya Deria Rangsangan
Maklumat
diterima melalui daya rangsangan penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan
rasa. Rangsangan yang diterima adalah sama ada secara dalaman atau luaran.
Teori memproses maklumat sangat penting kepada pengajaran guru. Ini adalah
kerana ia dapat membantu guru mengatasi masalah ketidakupayaan pembelajaran
murid mereka. Di samping itu mereka dapat membuat perancangan terhadap
pengajaran di dalam bilik darjah.
Daya Ingatan Jangka Pendek
Daya ingatan
jangka pendek dikenali juga dengan ingatan sementara. Apabila melalui proses
ini, seseorang itu akan mempunyai kesedaran untuk memahami maklumat dan
seterusnya bertindak balas terhadap maklumat yang diterima. Apabila seseorang
itu memikirkan masalah yang baru, maklumat baru akan menggantikan maklumat
lama. Kepentingan kepada pengajaran guru ialah, guru boleh mengenal pasti
maklumat yang disimpan oleh murid di dalam jangka masa waktu yang diperlukan.
Guru sepatutnya merancang aktiviti bagi membolehkan isi pelajaran yang diajar bukan
sahaja berada di dalam daya ingatan jangka pendek murid, tetapi sebaliknya
terus disimpan di dalam ingatan jangka panjang.
Daya Ingatan Jangka Panjang Berkekalan
Daya ingatan
jangka panjang adalah berkekalan. Bagi mempelajari mengekalkan maklumat yang
diperolehi untuk satu-satu tempoh masa yang panjang, maklumat perlu dialihkan
dari ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. Terdapat dua jenis
ingatan jangka panjang iaitu ingatan makna dan pengalaman.
Kepentingannya
kepada pengajaran ialah, cara bagaimana maklumat disimpan di dalam daya ingatan
jangka panjang membantu kita untuk menggunakan maklumat apabila diperlukan.
Melalui teknik pengajaran yang jelas, sistematik dan menggunakan kaedah yang
menarik pasti dapat membantu murid mengingat kembali isi pelajaran yang telah
dipelajari. Strategi-strategi yang dapat membantu murid meningkatkan daya
ingatan jangka panjang mereka ialah sistem penyusunan maklumat, menggunakan
pengetahuan sedia ada dan membuatkan maklumat yang diperolehi lebih bermakna.
Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran
haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran
tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana
tapak pembalajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid
menggunakannya
untuk P&P yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment