MINGGU
4
Internet
merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya.
Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan
terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan
yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik
yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan
pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.
i.
10 bahan audio
ii.
10 bahan video
iii. 10
bahan teks
iv. 10
bahan grafik
Prsediaan
untuk membuat rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun
4 :
TEMA KEKELUARGAAN
i. 10
Bahan Audio
No.
|
Tajuk
Lagu
|
Pautan
Laman
|
1.
|
Doa Kepada Kedua Ibu Bapa
|
http://www.4shared.com/mp3/_q6maBzV/Munif_Ahmad_-_Doa_Kepada_Kedua.htm
|
2.
|
Kasih Ibu
|
http://www.4shared.com/mp3/9HsXYzrB/Jamal_Abdillah-Kasih_Ibu.htm
|
3.
|
Kasih Ibuku
|
|
4.
|
Ayah dan Ibu
|
|
5.
|
Permata Keluarga
|
|
6.
|
Oh Ibu
|
|
7.
|
I Cia Ren (Satu
Keluarga).wma
|
|
8.
|
Adikku Sayang
|
|
9.
|
Anak baik-baik
|
|
10.
|
Jasa Ibu
|
|
ii. 10 Bahan Video
No.
|
Tajuk Video
|
Pautan Laman
|
1.
|
Keluarga Saya
|
https://www.youtube.com/watch?v=SeTAmr5RP90
|
2.
|
Kartun Keluarga Harmonis
|
https://www.youtube.com/watch?v=vRdlZ5n2YLk
|
3.
|
Kata Penguat- Serul
|
https://www.youtube.com/watch?v=XzY_xR-Lmo8
|
4.
|
Penggunaan Tanda Baca Koma Dan Noktah Dalam Penulisan Bahasa Melayu
|
https://www.youtube.com/watch?v=MD6efc_GIvM
|
5.
|
Iklan Raya Petronas BARU - Kisah Anak Balik Kampung Cari Internet.
|
https://www.youtube.com/watch?v=Ev5wsLWJOg8
|
6.
|
Klan Raya - Pengorbanan Ayah - Motor Besar
|
https://www.youtube.com/watch?v=h31nPHnerGc
|
7.
|
Iklan Raya 2012 - Terima Kasih Abang!
|
https://www.youtube.com/watch?v=r9Ep3caJbwU
|
8.
|
Short Film Raya 2012 - Kuih Ketayap Mak
|
https://www.youtube.com/watch?v=EemASAjzsYc
|
9.
|
Mata Hati Abah
|
https://www.youtube.com/watch?v=NmtJ7loBvxQ
|
10.
|
Kisah Ibu Di Thailand Yang Mengharukan (Ads)
|
https://www.youtube.com/watch?v=ErWpgQp3V8c
|
iii. 10 Bahan Teks
1.
Keluarga saya
Tiap-tiap orang mempunyai keluarga masing-masing. Saya pun begitu juga.
Keluarga saya terdiri daripada enam orang. Mereka ialah
ayah, ibu dan empat orang adik-beradik saya.
Ayah saya ialah
seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah di Johor Bahru. Badan ayah kurus
tetapi sihat dan kuat. Kami sangat hormat kepada ayah kerana dia selalu
menasihati supaya rajin belajar agar besar nanti menjadi anak yang berguna.
Ibu berbadan gemuk. Ibu saya ialah suri rumahtangga. Dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adik saya. Pagi-pagi lagi, ibu sudah bangun untuk menyediakan sarapan kami.
Di antara adik perempuan saya, tiga orang telah bersekolah dan seorang masih kecil lagi. Tiap-tiap pagi,kami pergi sekolah dengan menaiki kereta ayah dan petangnya ayah akan mengambil kami pulang dari sekolah.
Pada hari cuti, ayah selalu
membawa kami pergi makan angin di luar bandar.Walaupun ahli keluarga kami
ramai, kami sentiasa gembira dan hidup dalam keadaan aman dan bahagia.
2.
Puisi Pengorbanan
Pisau diasah untuk
berjuang,
Sedikit masa tidak
terbuang,
Untuk mencari sedikit
wang,
Demi menyara keluarga
tersayang.
|
Dingin pagi membawa diri,
Panas mentari tidak
disedari,
Rezeki halal itu yang dicari,
Rela bekerja sepanjang
hari.
|
Diserahkan jiwa dan raga,
Tiada alpa segala-galanya dijaga,
Harta benda bukanlah
harga,
Kejayaan anak diharapkan
juga.
|
Itulah kewajipan seorang
bapa,
Biarpun miskin biarpun
tiada apa,
Bahagia anak-anaktidak
dilupa,
Dengan rezeki tidak
seberapa.
|
Soalan Pemahaman
:
1.
Bapa
dalam pusi di atas mungkin sekali bekerja sebagai _______________.
2.
Apakah
harapan bapadalam puisi di atas?
3.
Maksud alpa
dalam puisi ialah ___________.
3. Nota Tatabahasa
Tahun 4: KATA PENGUAT
1) Kata penguat
ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir sebelum atau
selepas kata adjektif.
2) Perhatikan
ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata
adjektif pula dicetak tebal.
a) Kasut joging itu
terlalu mahal.
b) Buku cerita
kanak-kanak ini agak baru.
c) Jalan kecil itu
ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya.
d) Hari ini panas
sekali.
e) Suara penyanyi
itu merdu nian.
f) Air sirap ini
manis benar.
g) Zaki amat fasih berbahasa Inggeris.
h) Sekolah kami sangat dekat dengan perhentian
bas.
i) Ayah bangga
sungguh dengan keputusan ujian saya.
3) Kata penguat
terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang, dan
penguat bebas. Lihat jadual di bawah.
Jenis
Kata Penguat
|
Contoh
|
Penguat hadapan
|
Paling; terlalu; agak
|
Penguat belakang
|
Sekali; benar; nian; betul
|
Penguat bebas
|
Amat; sangat; sungguh
|
4.
Latihan
Kata Penguat.
5.
Teliti Perbualan dan padankan simpulan
bahasa yang sesuai. Nyatakan kata penguat yang terdapat dalam teks
perbualan.
Kata Penguat ialah kata yang berfungsi utnuk
menguatkan maksud kata adjektif.
|
Contoh : amat, benar,
paling, sekali, sungguh
|
Situasi A
Ibu : Siapakah yang memecahkan pasu Sarawak ini? Azri, Alia,
kamu berdua di mana ?
Situasi B
Alia : Abang, ibu sedang mencari kita. Nampaknya, ibu marah betul. Mari kita minta maaf
kepada ibu kerana memecahkan pasu Sarawaknya.
Azri : Pergilah
kamu seorang diri. Abang tidak mahu bertanggungjawab.
Situasi C
Alia: Abang pun bermain bola di situ juga. Abang kena tolong
saya memikirkan cara untuk meredakan kemarahan ibu. Lagipun, saya sangat takut.
Situasi D
Azri : Baiklah. Abang ada satu cadangan untuk meredakan
kemarahan ibu.
Alia: Terima kasih. Baik sungguh hati abang.
Ada akal
|
Lepas tangan
|
Naik angin
|
Cari jalan
|
6.
NOTA PENGGUNAAN TANDA BACA
Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan
struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan
penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek
dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada
pilihan penulis.
Tanda baca
|
Simbol
|
Digunakan
|
Contoh
|
Titik
|
.
|
Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan.
|
Bapa saya pergi ke pejabat.
|
Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk.
|
Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia."
|
||
Untuk menunjukkan angka perpuluhan.
|
301.5
|
||
Pada akhir singkatan dan
kependekan nama seseorang.
|
Sdn. Bhd.
|
||
Koma
|
,
|
Untuk mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat.
|
Ibu membeli ikan, udang dan sayur.
|
Sebelum tanda pembuka kata
dan penutup kata dalam cakap ajuk.
|
"Mereka belum sampai," kata Salmah.
|
||
Di belakang kata
penghubung pada awal ayat.
|
Oleh sebab itu, dia tidak datang.
|
||
Di belakang kata seru.
|
Amboi, comelnya kucing ini!
|
||
Untuk memisahkan
unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.
|
Barang ini mahal, tetapi dapat tahan lama.
|
||
Sempang
|
-
|
Untuk menyampungkan kata
ganda dan kata yang diulang.
|
berbagai-bagai, kupu-kupu
|
Tanda petik
|
"..."
|
Untuk mengapit petikan langsung.
|
"Dia sudah pulang ke
rumah," kata Yosri.
|
Pada judul karya dan sebagainya.
|
"Dilema Melayu"
|
||
Koma bertitik
|
;
|
Untuk memisahkan
unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.
|
Saya melawat Sabah; Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.
|
Pada baris pertama pantun dua kerat.
|
Banyak udang banyak garam;
Banyak orang banyak raga.
|
||
Titik bertindih
|
:
|
Pada akhir penyataan yang diikuti oleh rangkaian.
|
Bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
|
Untuk memberikan penjelasan
|
Tarikh: 31 Ogos 2006
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Negara, Kuala Lumpur
|
||
Tanda tanya
|
?
|
Pada akhir ayat tanya.
|
"Kamu belum
siap?" tanya Ahmad.
|
Pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata.
|
"Kamu belum siap?" tanya Salmah.
|
||
Tanda seru
|
!
|
Aduh, sakitnya kepalaku!
|
7. Aktiviti Dengar dan Salin. Kemudian, letakkan tanda koma pada tempat-tempat yang sesuai dalam teks.
Pada suatu hari
Rohana mengikut ibunya pergi ke sebuah kompleks beli belah. Ketika mereka lalu
di sebuah butik Rohana terpandang pada sehelai kain yang cukup menarik hatinya.
“ Wah cantiknya
kain itu!” kata Rohana. Rohana berasa amat kagum.
“itulah kain
songket” kata Rohana.
“Ibu boleh
belikan Rohana kain itu. Rohana teringinlah hendak memakianya“ kata Rohana.\
“Tidak boleh
Rohana. Kain itu tidak sesuai untuk kamu“ kata ibu Rohana.
“Mengapa ibu?“ Rohana bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Ibu Rohana hanya
menggeleng-gelengkan kepada. Secara ringkas dia pun menerangkan perihal kain
songket kepada Rohana.
8.
Latihan
Tanda Baca Bahasa Melayu
Aktiviti TANDA BACA. Letakkan tanda baca yang betul pada
ruangan yang disediakan dalam ayat-ayat di bawah.
( . , ! ? " " )
1. Amin dan Razak bermain bola sepak di padang( )
2. Wah( )
besarnya rumah kamu( )
3. ( ) Jemputlah ke rumah saya( )
( ) pelawa Ayu kepada
Hasmah( )
4. Ibu membeli ikan(
) sayur( ) dan buah-buahan
di pasar( )
5. Cikgu( )
bilakah saya harus menghantar lukisan ini(
)
6. Saya mendapat tempat pertama dalam acara lompat
tinggi( )
7. ( ) Bilakah kamu sampai( ) (
) tanya Hazid( )
8. Di manakah
letaknya Tugu Negara( )
9.
Penulisan Karangan
SOALAN : Tuliskan sebuah karangan biografi yang
bertajuk “Ibu saya”.
Pendahuluan :
nama – umur –
tempat lahir – tarikh lahir
Isi-isi :
pendidikan yang
diterima
ibu bekerja
sebagai seorang guru
ibu melahirkan,
membesarkan sejak kecil
pandai menggambil
hati anak-anak – tidak garang – lemah lembut dan penyabar
Penutup :
mengenang dan
menghargai jasa ibu
10. CONTOH KARANGAN
Setiap manusia di dunia ini
mempunyai seorang ibu. Begitu juga dengan saya. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti
Kassim. Usianya sekarang ialah 32
tahun. Beliau dilahirkan di Kampung Air
Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13
Februari 1970 beliau dilahirkan.
Ibu saya mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun.
Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi
selama lima tahun. Keputusan
peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab
Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau
sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu.
Pada tahun 1996 hingga kini, ibu
bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.
Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak
kecil. Beliau seorang yang pandai
mengambil hati anak-anak. Beliau
tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah lembut dan
penyabar. Walaupun beliau dalam
kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami
tempat melepaskan kemarahannya.
Saya berasa sangat bertuah memiliki
seorang ibu yang penyayang dan aamt memahami.
Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah ratu hatiku.
iv. 10 Bahan Grafik
No comments:
Post a Comment