MINGGU 3
Aplikasi
Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika
Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint.
Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.
Bahagian A : Muat turun Garis
Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan
diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan
penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat
ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian
meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel
yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat.
ISU UTAMA TAK BERETIKA
£ Pelanggaran hak cipta perisian seperti
membuat salinan secara tidak sah terhadap perisian yang mempunyai hak cipta.
£ Pencerobohan sistem komputer. Pengguna
yang tidak mempunyai hak capaian ke atas sistem memasuki sistem.
£ Kerahsiaan maklumat.
£ Maklumat rahsia atau sulit dicapai
dengan cara yang tidak dibenarkan.
£ Kesahihan maklumat.
£ Sumber maklumat perlu dipastikan kesahihan
dari pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan maklumat tersebut.
£ Kod etika penggunaan komputer. Panduan
bertulis yang menentukan sesuatu tindakan berkaitan etika komputer.
Justeru,
perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi
menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
Tujuan utama garis panduan ini : Untuk menerangkan tatacara penggunaan
internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen
rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.
Bahagian B : Segala Maklumat Garis Panduan dan Etika Pengunaan
Internet Diaplikasikan dalam Bentuk Brosur dan Power Point.
CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Dimana
untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu
bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana
dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
Langkah 1 – Bukakan Microsoft
Publisher 2010 dengan menaip kata kunci
“Publisher” di Windows.
Langkah 2 – Application akan dibuka seperti yang ditunjukkan dalam gambar, sila
pilih dan tekankan icon “BROCHURES”.
Langkah 3 –
Pilihlah reka cipta tersedia yang anda minati dan bersesuaian dengan kehendak
penyampaian objektif brosur.
Langkah 4&5 – Padamkan dan letakkan gambar-gambar
yang bersesuaian dan diperlukan untuk memenuhi tujuan brosur. Masukkan lagi
butiran-butiran yang diperlukan seperti :
Tajuk program yang diadakan
Nama penaja
Tarikh dan hari program akan diadakan
Aktiviti yang dijalankan
Matlamat program
Langkah 6 – Langkah yang terakhir ini
adalah bermatlamat mencantikkan brosur anda bagi menarik minat orang ramai
untuk membaca.
CARA MEMBUAT POWER POINT MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT
Langkah 1 – Bukakan Microsoft Power Point2010 dengan menaip kata kunci
“PowerPoint” di Windows.
Langkah 2 - Memasukkan butiran dan maklumat yang dikehendaki.
Langkah 3 – Pilih rekaan yang suka dengan menekan icon “DESIGN”.
Langkah 4 – Semak semula ejaan perkataan
dan juga pemilihan warna dan gambar dalam persembahan power point dan selesai.
* Berikut merupakan Power Point yang telah saya siapkan dan dipersembah dalam Slaid.
Syabas. Jangan lupa simpan dalam google drive dan cetak untuk pertandingan inovasi nanti.
ReplyDelete