Tuesday 3 February 2015

MINGGU 3

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.

Bahagian A : Muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. 

ISU UTAMA TAK BERETIKA

£  Pelanggaran hak cipta perisian seperti membuat salinan secara tidak sah terhadap perisian yang mempunyai hak cipta.
£  Pencerobohan sistem komputer. Pengguna yang tidak mempunyai hak capaian ke atas sistem memasuki sistem.
£  Kerahsiaan maklumat.
£  Maklumat rahsia atau sulit dicapai dengan  cara yang tidak dibenarkan.
£  Kesahihan maklumat.
£  Sumber maklumat perlu dipastikan kesahihan dari pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan maklumat tersebut.
£  Kod etika penggunaan komputer. Panduan bertulis yang menentukan sesuatu tindakan berkaitan etika komputer.
Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
Tujuan utama garis panduan ini : Untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.



Bahagian B :  Segala Maklumat Garis Panduan dan Etika Pengunaan Internet Diaplikasikan dalam Bentuk Brosur dan Power Point.  

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Dimana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

Langkah 1 – Bukakan Microsoft Publisher  2010 dengan menaip kata kunci “Publisher” di Windows.





Langkah 2 – Application akan dibuka seperti yang ditunjukkan dalam gambar, sila pilih dan tekankan icon “BROCHURES”.

 


Langkah 3 – Pilihlah reka cipta tersedia yang anda minati dan bersesuaian dengan kehendak penyampaian objektif brosur. 

Langkah 4&5 – Padamkan dan letakkan gambar-gambar yang bersesuaian dan diperlukan untuk memenuhi tujuan brosur. Masukkan lagi butiran-butiran yang diperlukan seperti :
  • *      Tajuk program yang diadakan
  • *      Nama penaja
  • *      Tarikh dan hari program akan diadakan
  • *      Aktiviti yang dijalankan
  • *      Matlamat program




Langkah 6 – Langkah yang terakhir ini adalah bermatlamat mencantikkan brosur anda bagi menarik minat orang ramai untuk membaca.




CARA MEMBUAT POWER POINT MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT

Langkah 1 – Bukakan Microsoft Power Point2010 dengan menaip kata kunci “PowerPoint” di Windows.



Langkah 2 -  Memasukkan butiran dan maklumat yang dikehendaki.


Langkah 3 – Pilih rekaan yang suka dengan menekan icon “DESIGN”.

Langkah 4 – Semak semula ejaan perkataan dan juga pemilihan warna dan gambar dalam persembahan power point dan selesai.


* Berikut merupakan Power Point yang telah saya siapkan dan dipersembah dalam Slaid.