Monday 27 April 2015

Minggu 10


MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Memasukkan unsur video dan audiao di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan.


1.      Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
2.      Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
3.      Membina bahan video dan audio
4.      Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca


Tutorial Pembelajaran Kemahiran Lisan dalam bentuk Video - Menggunakan Jenis Ayat Perintah yang betul.
(saya hasilkan menggunakan perisian Jing.)













Sunday 26 April 2015

Minggu 9

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman
 

Mengedit bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran guru. Terdapat pelbagai perisian dalam internet

Antaranya ialah :

1.       Google Docs
https://docs.google.com/#home
2.       Brochure Maker
http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1
3.       280 Slideshow
http://280slides.com/editor/
4.       Zoho
https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp

Prosedur Pengeditan
i. Mengetahui URL perisian pengeditan
Tempat pengeditan bahan boleh dijalankan
ii. Mendaftar terlebih dahulu
Sebagai menerima terma dan syarat syarikat pengendali perisian
iii. Memilih bahan yang sesuai
Mendapatkan bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam perisian atas talian
iv. Mengedit bahan atas talian
Memulakan pengeditan bahan atas talian


Prinsip pengeditan bahan atas talian
i. Bahan yang digunakan bersesuaian
ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran



Tajuk Penghasilan Brosur : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet









Minggu 8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

Secara amnya….
Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya.  Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian

Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii. Kepelbagaian bahan di internet
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan

iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)  




Bahan yang boleh didapati daripada internet  sepanjang P&P atas talian ialah;
§  Audio lagu
§  Gambar
§  Permainan
§  PDF
§  Audio
§  Teks atau dokumen


Melaksana Simulasi Pengajaran Atas talian dan Luar talian dengan menggunakan laman Web dan Tapak pembelajaran












Minggu 7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu




Model Memproses Maklumat


Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer.

Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Pusat kepada model pembelajaran memproses maklumat ialah kepelbagaian bahagian sistem daya ingatan. Bahagian ini mempunyai sistem penerimaan maklumat yang terbahagi kepada tiga jenis ingatan iaitu:
£  penerimaan daya deria-rangsangan
£  daya ingatan jangka pendek
£  daya ingatan jangka panjang


Daya Deria Rangsangan

Maklumat diterima melalui daya rangsangan penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Rangsangan yang diterima adalah sama ada secara dalaman atau luaran. Teori memproses maklumat sangat penting kepada pengajaran guru. Ini adalah kerana ia dapat membantu guru mengatasi masalah ketidakupayaan pembelajaran murid mereka. Di samping itu mereka dapat membuat perancangan terhadap pengajaran di dalam bilik darjah.

Daya Ingatan Jangka Pendek

Daya ingatan jangka pendek dikenali juga dengan ingatan sementara. Apabila melalui proses ini, seseorang itu akan mempunyai kesedaran untuk memahami maklumat dan seterusnya bertindak balas terhadap maklumat yang diterima. Apabila seseorang itu memikirkan masalah yang baru, maklumat baru akan menggantikan maklumat lama. Kepentingan kepada pengajaran guru ialah, guru boleh mengenal pasti maklumat yang disimpan oleh murid di dalam jangka masa waktu yang diperlukan. Guru sepatutnya merancang aktiviti bagi membolehkan isi pelajaran yang diajar bukan sahaja berada di dalam daya ingatan jangka pendek murid, tetapi sebaliknya terus disimpan di dalam ingatan jangka panjang.

Daya Ingatan Jangka Panjang Berkekalan

Daya ingatan jangka panjang adalah berkekalan. Bagi mempelajari mengekalkan maklumat yang diperolehi untuk satu-satu tempoh masa yang panjang, maklumat perlu dialihkan dari ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. Terdapat dua jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan makna dan pengalaman.
Kepentingannya kepada pengajaran ialah, cara bagaimana maklumat disimpan di dalam daya ingatan jangka panjang membantu kita untuk menggunakan maklumat apabila diperlukan. Melalui teknik pengajaran yang jelas, sistematik dan menggunakan kaedah yang menarik pasti dapat membantu murid mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari. Strategi-strategi yang dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan jangka panjang mereka ialah sistem penyusunan maklumat, menggunakan pengetahuan sedia ada dan membuatkan maklumat yang diperolehi lebih bermakna.


Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran. 

Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran  haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembalajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya
untuk P&P yang seterusnya.


Contoh-contoh tapak pembelajaran bersifat tutorial.







Friday 24 April 2015

Minggu 6

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

- Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.



STRUKTUR PERPAUTAN ITU APA?

Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.

BILAKAH KITA GUNAKAN STRUKTUR PERPAUTAN ?

Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.

Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.



Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.




1. STRUKTUR HIERARKI
  •      Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik. 


Struktur Hierarki:


Kesan kepada murid
Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.

Kepentingan akses struktur perpautan
Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:





2. STRUKTUR KOMPOSIT

  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
  •  Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
  • Antara satu laman utama dengan laman utama mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain. 




3. STRUKTUR LINEAR

  • v  Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 
  • v  Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
  • v  Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.



 4. STRUKTUR RANGKAIAN

  • v  Menyediakan pautan atau hubungan antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel 
  • v  Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain. 
  • v  Dengan mengklik, sesuatu paparan itu akan diperoleh dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan.


Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5



Antara slide dalam tapak pembelajaran saya yang menggunakan pautan. 


Monday 13 April 2015




Tugasan Minggu 5

Amali untuk minggu ini:

Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

·     Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan  laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·        Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
·        Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
·        Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.



Penyediaan Tapak Pembelajaran berpandukan Hasil Pembelajaran yang dirancang. 


Penyediaan Tapak Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Kebangsaan dalam perisian power point. 





Tutorial Pembelajaran dalam Langkah 2 dan 3 

Tuesday 24 March 2015

MINGGU 4 

Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.

i.   10 bahan audio
ii.  10 bahan video
iii. 10 bahan teks
iv. 10 bahan grafik


Prsediaan untuk membuat rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 : 

TEMA KEKELUARGAAN




i. 10 Bahan Audio
No.
Tajuk Lagu
Pautan Laman
1.
Doa Kepada Kedua Ibu Bapa

http://www.4shared.com/mp3/_q6maBzV/Munif_Ahmad_-_Doa_Kepada_Kedua.htm
2.
Kasih Ibu

http://www.4shared.com/mp3/9HsXYzrB/Jamal_Abdillah-Kasih_Ibu.htm
3.
Kasih Ibuku

4.
Ayah dan Ibu


5.
Permata Keluarga


6.
Oh Ibu

7.
I Cia Ren (Satu Keluarga).wma
8.
Adikku Sayang
9.
Anak baik-baik
10.
Jasa Ibu


                                                                 
                                                                   


                                                                ii.  10 Bahan Video

No.
Tajuk Video
Pautan Laman
1.
Keluarga Saya
  https://www.youtube.com/watch?v=SeTAmr5RP90
2.
Kartun Keluarga Harmonis
   https://www.youtube.com/watch?v=vRdlZ5n2YLk
3.
Kata Penguat- Serul
 https://www.youtube.com/watch?v=XzY_xR-Lmo8
4.
   Penggunaan Tanda Baca Koma Dan Noktah Dalam Penulisan Bahasa Melayu
https://www.youtube.com/watch?v=MD6efc_GIvM
5.
Iklan Raya Petronas BARU - Kisah Anak Balik Kampung Cari Internet.
https://www.youtube.com/watch?v=Ev5wsLWJOg8
6.
    Klan Raya - Pengorbanan Ayah -    Motor Besar
    https://www.youtube.com/watch?v=h31nPHnerGc
7.
     Iklan Raya 2012 - Terima Kasih Abang!
   https://www.youtube.com/watch?v=r9Ep3caJbwU
8.
Short Film Raya 2012 - Kuih  Ketayap Mak
 https://www.youtube.com/watch?v=EemASAjzsYc
9.
Mata Hati Abah 
  https://www.youtube.com/watch?v=NmtJ7loBvxQ
10.
Kisah Ibu Di Thailand Yang Mengharukan (Ads)
https://www.youtube.com/watch?v=ErWpgQp3V8c


iii. 10 Bahan Teks

1.    Keluarga saya
       Tiap-tiap orang mempunyai keluarga masing-masing. Saya pun begitu juga. Keluarga saya terdiri daripada enam orang. Mereka ialah ayah, ibu dan empat orang adik-beradik saya.
       Ayah saya ialah seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah di Johor Bahru. Badan ayah kurus tetapi sihat dan kuat. Kami sangat hormat kepada ayah kerana dia selalu menasihati supaya rajin belajar agar besar nanti menjadi anak yang berguna.

       Ibu berbadan gemuk. Ibu saya ialah suri rumahtangga. Dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adik saya. Pagi-pagi lagi, ibu sudah bangun untuk menyediakan sarapan kami.

        Di antara adik perempuan saya, tiga orang telah bersekolah dan seorang masih  kecil lagi. Tiap-tiap pagi,kami pergi sekolah dengan menaiki kereta ayah dan petangnya ayah akan mengambil kami pulang dari sekolah.
       Pada hari cuti, ayah selalu membawa kami pergi makan angin di luar bandar.Walaupun ahli keluarga kami ramai, kami sentiasa gembira dan hidup dalam keadaan aman dan bahagia.

2.       Puisi Pengorbanan

Pisau diasah untuk berjuang,
Sedikit masa tidak terbuang,
Untuk mencari sedikit wang,
Demi menyara keluarga tersayang.
Dingin pagi membawa diri,
Panas mentari tidak disedari,
Rezeki halal itu yang dicari,
Rela bekerja sepanjang hari.
Diserahkan jiwa dan raga,
Tiada alpa segala-galanya dijaga,
Harta benda bukanlah harga,
Kejayaan anak diharapkan juga.
Itulah kewajipan seorang bapa,
Biarpun miskin biarpun tiada apa,
Bahagia anak-anaktidak dilupa,
Dengan rezeki tidak seberapa.

Soalan Pemahaman :

1.       Bapa dalam pusi di atas mungkin sekali bekerja sebagai _______________.
2.       Apakah harapan bapadalam puisi di atas?
3.       Maksud alpa dalam puisi ialah ___________.




3. Nota Tatabahasa Tahun 4: KATA PENGUAT

1)    Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

2)   Perhatikan ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata adjektif pula dicetak tebal.
a)    Kasut joging itu terlalu mahal.
b)   Buku cerita kanak-kanak ini agak baru.
c)    Jalan kecil itu ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya.
d)   Hari ini panas sekali.
e)   Suara penyanyi itu merdu nian.
f)    Air sirap ini manis benar.
g)   Zaki amat fasih berbahasa Inggeris.
h)   Sekolah kami sangat dekat dengan perhentian bas.
i)     Ayah bangga sungguh dengan keputusan ujian saya.

3)   Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang, dan penguat bebas. Lihat jadual di bawah.

Jenis Kata Penguat
Contoh
Penguat hadapan
Paling; terlalu; agak
Penguat belakang
Sekali; benar; nian; betul
Penguat bebas
Amat; sangat; sungguh

4.       Latihan Kata Penguat.



5.       Teliti Perbualan dan padankan simpulan bahasa yang sesuai. Nyatakan kata penguat yang terdapat dalam teks perbualan.
Kata Penguat ialah kata yang berfungsi utnuk menguatkan maksud kata adjektif.
Contoh : amat, benar, paling, sekali, sungguh

Situasi A
Ibu : Siapakah yang memecahkan pasu Sarawak ini? Azri, Alia, kamu berdua di mana ?
Situasi B
Alia : Abang, ibu sedang mencari kita. Nampaknya, ibu marah betul. Mari kita minta maaf kepada ibu kerana memecahkan pasu Sarawaknya.
Azri : Pergilah kamu seorang diri. Abang tidak mahu bertanggungjawab.
Situasi C
Alia: Abang pun bermain bola di situ juga. Abang kena tolong saya memikirkan cara untuk meredakan kemarahan ibu. Lagipun, saya sangat takut.
Situasi D
Azri : Baiklah. Abang ada satu cadangan untuk meredakan kemarahan ibu.
Alia: Terima kasih. Baik sungguh hati abang.
Ada akal
Lepas tangan
Naik angin
Cari jalan


6.       NOTA PENGGUNAAN TANDA BACA
Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.

Tanda baca
Simbol
Digunakan
Contoh
Titik
.
Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan.
Bapa saya pergi ke pejabat.
Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk.
Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia."
Untuk menunjukkan angka perpuluhan.
301.5
Pada akhir singkatan dan kependekan nama seseorang.
Sdn. Bhd.
Koma
,
Untuk mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat.
Ibu membeli ikan, udang dan sayur.
Sebelum tanda pembuka kata dan penutup kata dalam cakap ajuk.
"Mereka belum sampai," kata Salmah.
Di belakang kata penghubung pada awal ayat.
Oleh sebab itu, dia tidak datang.
Di belakang kata seru.
Amboi, comelnya kucing ini!
Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.
Barang ini mahal, tetapi dapat tahan lama.
Sempang
-
Untuk menyampungkan kata ganda dan kata yang diulang.
berbagai-bagai, kupu-kupu
Tanda petik
"..."
Untuk mengapit petikan langsung.
"Dia sudah pulang ke rumah," kata Yosri.
Pada judul karya dan sebagainya.
"Dilema Melayu"
Koma bertitik
 ;
Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.
Saya melawat Sabah; Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.
Pada baris pertama pantun dua kerat.
Banyak udang banyak garam;
Banyak orang banyak raga.

Titik bertindih
 :
Pada akhir penyataan yang diikuti oleh rangkaian.
Bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 3 biji bawang merah
Untuk memberikan penjelasan
Tarikh: 31 Ogos 2006

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Negara, Kuala Lumpur
Tanda tanya
 ?
Pada akhir ayat tanya.
"Kamu belum siap?" tanya Ahmad.
Pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata.
"Kamu belum siap?" tanya Salmah.
Tanda seru
 !
Dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.
Aduh, sakitnya kepalaku!


7.       Aktiviti Dengar dan Salin. Kemudian, letakkan tanda koma pada tempat-tempat yang sesuai dalam teks.
Pada suatu hari Rohana mengikut ibunya pergi ke sebuah kompleks beli belah. Ketika mereka lalu di sebuah butik Rohana terpandang pada sehelai kain yang cukup menarik hatinya.
“ Wah cantiknya kain itu!” kata Rohana. Rohana berasa amat kagum.
“itulah kain songket” kata Rohana.
“Ibu boleh belikan Rohana kain itu. Rohana teringinlah hendak memakianya“ kata Rohana.\
“Tidak boleh Rohana. Kain itu tidak sesuai untuk kamu“ kata ibu Rohana.
“Mengapa ibu?“ Rohana bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Ibu Rohana hanya menggeleng-gelengkan kepada. Secara ringkas dia pun menerangkan perihal kain songket kepada Rohana.


8.       Latihan Tanda Baca Bahasa Melayu
Aktiviti TANDA BACA. Letakkan tanda baca yang betul pada ruangan yang disediakan dalam ayat-ayat di bawah.
( .         ,          !          ?        "          " )
1. Amin dan Razak bermain bola sepak di padang(       )
2. Wah(        ) besarnya rumah kamu(        )
3. (        )  Jemputlah ke rumah saya(       )  (        ) pelawa Ayu kepada Hasmah(      )
4. Ibu membeli ikan(      ) sayur(       ) dan buah-buahan di pasar(      )
5. Cikgu(       ) bilakah saya harus menghantar lukisan ini(       )
6. Saya mendapat tempat pertama dalam acara lompat tinggi(      )
7. (      ) Bilakah kamu sampai(      ) (       ) tanya Hazid(      )
8. Di manakah letaknya Tugu Negara(     )


9.       Penulisan Karangan
SOALAN  : Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk “Ibu saya”.
Pendahuluan  :
nama – umur – tempat lahir – tarikh lahir

Isi-isi  :
pendidikan yang diterima
ibu bekerja sebagai seorang guru
ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil
pandai menggambil hati anak-anak – tidak garang – lemah lembut dan penyabar
Penutup  :
mengenang dan menghargai jasa ibu



10.   CONTOH KARANGAN
          Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu.  Begitu juga dengan saya.  Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim.  Usianya sekarang ialah 32 tahun.  Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor.  Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.
          Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun.  Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun.  Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan.  Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu.
          Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.  Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil.  Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak.  Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan.  Ibu saya seorang yang lemah lembut dan penyabar.  Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.
          Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan aamt memahami.  Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku.  Engkaulah ratu hatiku.



iv. 10 Bahan Grafik


No.
Gambar
Desripksi
1.
Digunakan sebagai stimuli pengajaran nyanyian audio tentang kasih sayang ibu dan ayah.
2.
  
    Gambar tentang keluarga kembangan.
3.
   
      Penerapan nilai murni yang harus ada dalam hubungan adik beradik. 
4.
 
 Kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang kakak atau abang. 
5.
 

Sekeluarga menjalankan aktivti gotong-royong untuk membersihkan rumah.
Penerapan nilai bekerjasama.
6.
 
      
       Penerapan nilai murni yang harus ada dalam hubungan adik beradik. 
7.

        Menceritakan tanggunjawab bagi setiap ahli keluarga.
.
 
     Penjalinan hubungan yang mesra dan erat tanggungjawab bersama. 
9.
 

Menjelaskan erti keluarga.
10.
 

     Masa lapang bersama keluarga.