Minggu 6
Membina dan
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang
dibina dalam Topik 5.
STRUKTUR PERPAUTAN ITU APA?
Sistem perpautan ini lebih dikenali
sebagai “hyperlink”. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana
sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.
BILAKAH KITA GUNAKAN STRUKTUR
PERPAUTAN ?
Struktur perpautan ini sering digunakan
dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering
menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana
pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding
dalam bentuk yang lain.
Struktur perpautan juga dikenali sebagai
hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan
antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa
jenis.
1. STRUKTUR HIERARKI
- Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap
paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh
dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.
Struktur Hierarki:
Kesan kepada
murid
Murid-murid boleh
memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
Kepentingan
akses struktur perpautan
Setiap laman yang
diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman
yang berkenaan
Contoh urutan
perpautan bagi struktur hierarki:
2. STRUKTUR KOMPOSIT
- Struktur yang
lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi
menangani keadaan gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan
sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
- Setiap laman yang diakses, akan membawa
kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
- Antara satu laman utama dengan laman utama
mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain.
3. STRUKTUR LINEAR
- v
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan
pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan
atau ke belakang sahaja.
- v
Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara
berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
- v
Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian
mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut
urutan laman yang telah disediakan.
4. STRUKTUR RANGKAIAN
- v
Menyediakan
pautan atau hubungan antara setiap topik utama. Struktur sebegini
memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan
fleksibel
- v
Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan
sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain.
- v
Dengan mengklik, sesuatu paparan itu akan
diperoleh dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper
pautan.
Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam
Topik 5
Antara
slide dalam tapak pembelajaran saya yang menggunakan pautan.